Kisah perdagangan pelacur yang berselindung disebalik istilah GRO memang sudah lama di Labuan, begitu juga cerita mengenai beberapa pegawai pihak berkuasa yang memberi perlindungan kepada bapa-bapa ayam dan beberapa individu yang terlibat dalam perdagangan tersebut disebabkan habuan yang besar. Keluhan penduduk tempatan tidak pernah diambil endah ....... lihat yang terbaru..!
D7 WAJIB BURU 4 BAPA AYAM DI LABUAN
Saudara
Pengarang,
MELALUI pendedahan
berterusan Sabahkini.net, sebagai penduduk asal Labuan, kami berharap agar Unit
D7 Bukit Aman memburu seorang ‘Bapa Ayam’ bernama Jimmy iaitu Tauke LPS Karaoke
kerana terlibat dengan jenayah pemerdangan orang dan penyeludupan
manusia.
Jimmy menjadi Ketua
Sindiket membekalkan pelacur bersama Tauke Manila Cafe - Ricky Ng (yang
menggunakan kenderaan Ninja King LD 96), Tauke Havana Karaoke Mr Yap atau lebih
kenal sebagai Tiger Yap dan seorang lagi tauke bernama Lim Tun.
Mereka membekal ‘GRO
Freelance’ ke Karaoke dan Pool House. Kebanyakan GRO Freelance disyaki
menggunakan ‘chop pasport palsu’ kerana kebanyakan GRO kata mereka ke Limbang
untuk ‘chop pasport’ dan hanya membayar RM50 sahaja bagi setiap pasport kepada
Pejabat Imigresen Limbang.
Nama sindiket
pelacuran lain akan kami dedahkan di surat akan datang dan berharap Bukit Aman
akan memantau dan mengambil tindakan terhadap ‘Bapa Ayam’ yang kami salurkan di
atas.
Berikut Sembilan
‘Karaoke Kebal’ yang dilindungi pihak berkuasa iaitu;
1. King
Karaoke
2. Tip Top
Karaoke
3. 129
Karaoke
4. Havana
Karaoke
5. Manila
Cafe
6. Golden Key
Karaoke
7. Sport Bar
Karaoke.
8. Ginza V8
9. Victoria Health
centre.
Di kesembilan Pusat
Hiburan yang kami senaraikan di atas terdapat beratus GRO atau Pelacur Berlesen.
Sesiapa yang tidak percaya aduan kami, boleh datang ke Labuan Pulau Maksiat
dengan mengunjungi ke pusat hiburan tersebut dan lihat dengan mata kepala
sendiri.
Untuk makluman Bukit
Aman hampir kesemua Penguat Kuasa Tempatan berada di dalam ‘PayRoll’ Sembilan
Pusat Hiburan tersebut.
Salam
Hormat,
Hj.Samsul &
Mazin
Sumber: Sabahkini.Net