haniksam

haniksam

Thursday, 26 July 2012

Kita diduga.....sabarlah

Letupan kuat yang berlaku diantara jam 2:00 hingga 2:30 pagi hari ini menyebabkan gegaran kuat dibeberapa kawasan di Labuan. Letupan adalah dari arah sebuah kapal tangki bahan kimia  milik MISC Berhad yang sedang dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol yang terletak dikawasan perindustrian Ranca-Ranca, dikawasan Pulau Eno. Belum diketahui punca sebenar letupan yang menyebabkan api besar menjulang dan kepulan asap tebal tetapi dari sumber tertentu lima orang yang terdiri dari kelasi kapal tersebut telah hilang dalam kejadian. Ia diikuti dengan letupan kedua yang berlaku diantara jam 7:00 hingga 7:30 pagi. Beberapa buah syarikat termasuk syarikat perkapalan dan syarikat pembekal dan penyelenggaraan telaga minyak yang terletak berhampiran  diarah tutup selama dua hari untuk mempastikan keselamatan pekerja dan tahap pencemaran udara jika ianya berlaku.        Seterusnya... BACA DISINI

Disebalik kejadian pasti ada hikmahnya, sebesar mana masalah yang menimpa pasti ada penghujungnya seharusnya kita bersabar.
  
Kita harus yakin setiap tragedi atau musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat olehnya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuan kita, kerana Dia tidak pernah menzalimi hambanya.

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Thursday, 19 July 2012

Kenapalah hari ni....ooopps jangan mengeluh..

Samada esok ibadah puasa bermula atau tidak aku tetap akan bercuti, trend yang aku praktikkan setelah aku berkeluarga, puasa pertama mesti ambil cuti jika ianya jatuh hari bekerja. Kalau puasa hari Sabtu pun tak apa aku memang tak kerja...aku hormat bulan puasa sebab Al-quran diturunkan pada bulan tersebut... Selepas makan tengah hari mood aku dah memang mood cuti, bagilah apa kerja memang aku tolak ketepi...nak menghabiskan waktu pejabat ni seksa betul....biasalah  jenguk facebook..klik sana klik sini...tiba-tiba jumpa benda ini ..

  
TERFIKIRKAH anda bahawa sihir yang dihantar oleh Zionist telah sebati dengan darah daging kita? Semenjak kecil lagi minda kita telah diasuh oleh mereka. Ideologi mereka menyelinap masuk ke minda kita melalui segenap cabang. Umpamanya pendidikan, pemakanan, pakaian, sosio-budaya, ekonomi serta televisyen.
 
Paling menakutkan apabila sihir yang dibawa oleh mereka dianggap satu keperluan hidup, persis perlunya keperluan asas kehidupan. Jika anda berada pada tahap ini, ketahuilah situasi anda amat kritikal.
Bayangkan berapa ramai yang disantau. Taktik mereka begitu tersusun. Mereka menggunakan username ‘Amerika’ untuk yang membuat skrip mantera ini. Manakala orang tengahnya adalah Kerajaan atau Pemerintah. Jadi sihir mereka dapat diminimakan oleh Pemerintah.
 
Bagaimana jika pemerintah terus membenarkan sihir tersebut? Mungkin kita memerlukan penebat untuk meminimakan sihir ini. Tetapi siapa yang mampu menjadi penebat untuk menghentikan sihir ini?
Sumber :Sabahkini.net

Lepas tu jumpa  benda ini pula..  LIHAT DISINI ...

Mari kita saling mengingati antara satu sama lain demi kesucian ugama kita...

 




Wednesday, 4 July 2012

Menaruh harapan........PRU13


Kehulu kehilir  penuh harapan
Pantang beselisih pasti besalaman
Di kedai kopi Hup Juan semua dibelanja makan
Doa siang malam agar gelaran dapat dipertahan
Harapan mesti direalisasikan

Muka 10 sen menagih simpati ,
Agar dipilih sepenggal lagi,
Kumpul orang kampung buat demo mini,
Ambil gambar upload di fesbuk sebagai bukti,
Kononnya ia masih diperlukan lagi
 
               
Tidak segan berbaju carik
Muka kesian  tidak disolek
Dijanjikan segala yang baik-baik
Segala yang rosak akan segera diperbaik
Post di fesbuk, nanti semua orang klik ‘Like’


Masuk bakul angkat sendiri
Kanan kiri, sana sini, puji diri berapi-api
Semua dinusantara dianggap saudara sendiri
Tak kira mana usulnya, pasti dapat IC
Yang penting dapat gelaran YB

Bila sudah jadi YB
Janji tinggal janji
Pengundi tidak dipeduli
Katanya, kita jumpa lain kali
Yang penting kumpul harta untuk diri dan kroni

Dijolok sarang berterbangan lebah
Dibuka tong sampah berterbangan  langau
Kini prinsip sudah berubah
Ampit tah kau malas tah ku ingau