Bulan Rejab ialah bulan berlakunya peristiwa ‘ISRA’ MI’RAJ
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya disyurga ada sungai yang disebut dengan panggilan Rejab (isinya) lebih putih daripada susu, dan lebih manis daripada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunat satu hari pada bulan Rejab akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi).
Kebanyakan hadis Rasulullah SAW yang berkaitan dengan bulan Rejab mengunjurkan agar kita melakukan puasa sunat satu (1) hari kerana ia memberi pulangan pahala yang berganda jika dilakukan penuh keikhlasan.
Diriwayatkan oleh Tsauban bahawa pada suatu ketika berjalan bersama Rasulullah SAW melalui sebuah kawasan perkuburan, Rasulullah SAW berhenti seketika dan menangis terisak-isak. Melihat keadaan demikian, Tsauban bertanya kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, kenapakah engkau menangis?” lalu Rasulullah menjawab “Aku berdoa untuk mereka yang sedang disiksa didalam kuburnya agar diringankan segala siksa oleh Allah SWT. Jika mereka berpuasa satu hari dibulan Rejab, mereka tidak akan disiksa didalam kubur”.
Melakukan solat Qada sebanyak mungkin disamping solat sunat yang mengiringi Solat fardhu serta zikir dan istigfar banyak-banyak.
Kelebihan-kelebihan bulan Rejab...... DISINI
No comments:
Post a Comment