haniksam

haniksam

Thursday, 18 August 2011

PESANAN RASULULLAH SAW SEBELUM TIDUR...

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat dihari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah....

Maka bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara serentak pada satu ketika?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau tidur bacalah
 
1.  Al Ikhlas 3 X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Bersalawat 3 X keatasku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan       memberi syafaat kepadamu dihari kiamat. 


 
3.  Beristighfarlah 3 X untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.


4. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir makaseakan-  akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.


"Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Wallahu Akbar"


 

Wednesday, 10 August 2011

ROKOK...........



Samaada ia dari jenama murah atau yang mahal, rokok tetap rokok. Ia terdiri dari tembakau, mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai 'nikotin'. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan  nikotin boleh menyebabkan kita merasa loya dan mabuk tetapi apabila penggunaan berterusan kita akan merasa ketagih dan tidak selesa jika tidak merokok..

Hanya perokok yang tahu nikmat menghisap rokok.....


Amaran Kerajaan Malaysia - Merokok Membahayakan Kesihatan, Dilarang Merokok.



Tuesday, 9 August 2011

KAMI DIBERI 'BIBLE' VERSI BAHASA MELAYU.....


Kejadian dimana pentadbiran sebuah gereja menyediakan juadah berbuka puasa untuk beberapa orang umat Islam dan pada masa yang sama mengagihkan 'bible' yang dicetak didalam bahasa Melayu harus tidak dipandang sepi oleh umat Islam. Sedang mereka dengan agenda mereka iaitu 'mengkristiankan' umat Islam, kita pula sebagai umat Islam melakukan sesuatu yang mendorong kepada salahlaku aqidah. Leka dengan hiburan, berlumba-lumba mencari harta dunia, berangan menjadi pemimpin dan menggunakan jalan pintas untuk dikenali sebagai ulamak adalah perbuatan yang boleh memesongkan aqidah.

Banyak persoalan yang terlintas difikiran saya mengenai sekumpulan 12 orang umat Islam itu. Misalnya kategori pendapatan keluarga, samada kaya, sederhana atau miskin. Bagaimana pula dengan aqidahnya. Ketaqwaan mereka kepada Allah SWT mentaati suruhan dan meninggalkan larangannya. Jika mereka ini terdiri dari golongan yang miskin sehingga tidak mampu untuk mendapatkan makanan, tidakkah kita ada pertubuhan atau persatuan amal yang boleh membantu. Bukankah kita buat kutipan zakat setiap tahun yang dikatakan mencapai jumlah jutaan ringgit? Bukankah wang itu yang patut digunakan untuk membantu golongan yang susah atau kurang mampu?



RUSUHAN DI TOTTENHAM-LONDON....

Apa juga kejadian yang berlaku dan dimana ia berlaku tentu ada sebabnya. Rusuhan terburuk yang  berlaku di Tottenham yang terletak di utara timur London pada malam Sabtu lepas juga ada sebabnya. Bermula dengan perhimpunan bantahan secara aman yang terdiri dari kaum keluarga dan kawan-kawan Mark Dugan, seorang pemuda berusia 29 tahun telah ditembak mati didalam sebuah teksi yang dinaikinya oleh seorang polis. Dugan disyaki seorang ahli kongsi gelap di Kota London. Perhimpunan bertukar menjadi rusuhan yang ganas. Ada yang berpendapat para perusuh malam itu mengambil kesempatan dari kejadian kematian Mark Dugan untuk melahirkan rasa tidak puas hati. Lihat gambar-gambar sebelum dan selepas kejadian rusuhan.

(1) Bangunan The Carpet Right Store

Sebelum kejadian...


Semasa kejadian...


Selepas kejadian....

(2)  Paradise Gem di High St', Tottenham


Sebelum kejadian...



Selepas kejadian...


Fikirkanlah,  adakah kejadian seumpama itu yang kita inginkan berlaku dinegara kita?