haniksam

haniksam

Thursday, 17 February 2011

MAKAM DIRI

Pada diri peribadi seorang manusia terdapat “tempat” yang disebut “makam diri”. Tempat ini sangat penting untuk diketahui dan difahami, sebabnya apabila sebuah makam tersebut tidak pernah kita kunjungi atau tidak pernah kita perdulikan maka bencanalah yang akan melanda diri kita baik di dunia maupun di  akhirat.
Kita selalu berziarah ke makam (kuburan) orang lain, sementara makam diri sendiri tidak pernah di ziarahi tentu naif jadinya. Makam orang lain kita bersihkan  sehingga tiada  rumput sama sekali, namun makam peribadi tidak pernah dikunjungi,  diziarahi sehingga menyebabkan keadaan persekitarannya penuh rumput, semak belukar sehingga bersemayam dan bermaharajalela segala binatang melata yang berbisa, ironinya.
Mengapa Demikian?
Iblis laknatullah telah besumpah dihadapan Allah S.W.T bahawa dia tidak akan pernah tunduk kepada Nabi Adam, disebaliknya  dia akan terus menggoda Adam dan anak cucu Adam dengan misi menyesatkan  dan menjerumuskan ke lembah hina dan nista serta menjadikan anak cucu Nabi Adam sesat.
Dimanakah Mereka (Iblis) Bersemayam Dan Berkuasa?
Didalam wadah maksiat mereka bersemayam. Didalam wadah nafsu Amarah mereka bersemayam, Didalam wadah takabbur mereka bertenggek, dan banyak lagi tempat mereka dapat membangun kerajaannya. Makanya jangan hairan apabila pada diri peribadi seseorang manusia akan terkandung sifat-sifat tercela yang mengotori jiwa seperti:
·        Iri hati
·        Hasad dengki dan benci
·        Berprasangka buruk
·        Sombong
·        Ujub atau Merasa diri sempurna berbanding orang lain
·        Riyak atau Suka menunjuk-nunjuk kelebihan
·        Suma’ atau Mencari-cari nama atau kemashuran
·        Bukhul atau Kedekut
·        Hubbul mal atau Cintakan kebendaan
·        Tafahur atau Membanggakan diri
·        Ghadab atau Pemarah
·        Qhibah atau Pengumpat
·        Namimah atau membicarakan peribadi seseorang    dibelakang orang tersebut
·        Kijib atau Dusta
·        Khianat atau Munafik
·        Dan sebagainya
Dimana Istana Iblis?
Subhanallah…Istananya adalah pada peribadi diri seorang manusia.
Bagaimana Iblis Masuk Keistana Mereka?
Melalui mata mereka merasuk, melalui telinga mereka menusuk, melalui hidung mereka berjalan, melalui mulut mereka menaiki kenderaan dengan lajunya. Dan seterusnya segala liang rongga ditubuh manusia  menjadi prasarana masuknya iblis keistana.
·        Mulut adalah jalan kenderaan berdusta dan mengumpat
·        Mata adalah jalan kenderaan untuk melihat yang haram
·        Telinga adalah jalan kenderaan untuk mendengar cerita kosong
·        Hidung adalah jalan kenderaan untuk menimbulkan rasa benci
·        Tangan adalah jalan kenderaan untuk merosak
·        Kaki adalah kenderaan untuk berjalan berbuat maksiat
·        Perut digunakan sebagai bekas untuk diisi makanan haram
·        Kemaluan dan dubur jalan masuk syahwat juga berzina
Apabila iblis  telah bersemayam di dalam diri seseorang maka celakalah manusia ini…!!! Mereka yakni Iblis akan berkuasa terhadap segala tingkah laku seseorang sebagai “Pilot” yang akan membawa kedestinasinya.

Begitu Pentingkah “Makam” Itu Diketahui?
Lebih penting dari tidur, lebih penting dari makan.
Mengapa Begitu Penting?
Apabila makam tersebut dijadikan istana oleh iblis sebagai tempat bersemayam maka hancurlah dan celakalah diri seseorang dari dunia sampai akhirat….Nauzubillah!!!
Adapun “makam diri” terdiri daripada  7 (tujuh) peribadi  seorang manusia adalah:
1. Makam Qalbi
2. Makam Roh
3. Makam Sirri
4. Makam Khafi
5. Makam Akhfa
6. Makam Nafsun Natiqa
7. Makam Kullu Jasad
Huraian ringkas adalah seperti berikut:
1. Makam Qalbi letaknya dua jari dibawah susu kiri, ini bertepatan dengan letaknya jantung jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan kemusyrikan, kekafiran, ketahyulan dan kekufuran.
2. Makam Roh letaknya dua jari dibawah susu kanan, tepatnya berada pada Rabu jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan Bahimiyah)  iaitu sifat-sifat yang menuruti hawa nafsu.
3. Makam Sirri letaknya dua jari diatas  susu kiri, tepatnya berada pada Paru-paru  jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan Syabiyah yaitu  sifat pemarah, pendendam, zalim dan aniaya.
4. Makam Khafi letaknya dua jari diatas susu kanan, tepatnya berada pada Limpa jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan hasad, dengki juga khianat.
5. Makam Akhfa letaknya ditengah dada, tepatnya berada pada empedu jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan riak, takbur, sombong, ujub, dan sama’ atau mempamerkan kebaikan diri.
6. Makam Nafsun Natiqa letaknya diantara kening, tepatnya berada pada fikiran jasmani. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan nafsu amarah yang senantiasa mendorong orang untuk melakukan kejahatan tidak berperikemanusiaan, sifat ini juga  diertikan sebagai penghalang kepada kerja-kerja amal dan kebaikan untuk masyarakat, sifat yang suka berkhayal dan berangan-angan.
7. Makam Kullu Jasad letaknya ada dua (1) di pusat (2) di ubun-ubun, tepatnya meliputi seluruh tubuh. Disinilah tempat iblis bersemayam dengan muatan gahflah atau sifat kejahilan, kebendaan, kelalaian atau alfa.
Dengan Apa Peribadi Seorang Membersihkan Makam Diri Yang Kotor…?
Sabda Rasululloh SAW:
Untuk membersihkan kotornya makam diri adalah dengan Dzikrullah, yaitu berzikir kepada Allah. Disini kita memakai pembersihnya dengan Asma’ Allah atau Nama Allah. dibaca: “Allah-Allah” pada setiap makam.
Allah SWT Berfirman Dalam Al Qur’an Surat Al-Furqan-70:
1. Makam Qalbi: Zikir Allah-Allah sebanyak 5000 x
2. Makam Roh: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
3. Makam Sirri: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
4. Makam Khafi: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000x
5. Makam Akhfa: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
6. Makam Nafsun Natiqa: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
7. Makam Kullu Jasad: Zikir Allah-Allah sebanyak 1000 x
Firman Allah SWT dalam Al Quran Surat Asysyam ayat 7-10:

Zikir  “Allah-Allah” tersebut diatas jika dijumlahkan keseluruhan menjadi 11,000 x (hatam besar) dan kalau mampunyai hanya 5000x pada makam qalbi maka itu disebut hatam kecil.
Selagi kotoran dimakam itu tidak di bersihkan maka  selagi itulah IBLIS akan mempengaruhi manusia agar sentiasa melakukan perbuatan keji dan tercela, dengan lain kata manusia itu sendiri payah untuk berkelakuan terpuji kerana jiwanya telah dirasuki oleh iblis

Lihat saja kejadian-kejadian dimuka bumi ini kita melihat banyaknya kehancuran akibat tangan-tangan manusia. Semua itu dalangnya adalah iblis yang bersemayam dianggota manusia itu sendiri.
Apa Keuntungan Utama Melebihi Segalanya dari Bersihkan makam Diri Itu?
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, dan kebersihan itu adalah asas kesihatan. Oleh yang demikian, kalau makam diri sudah bersih dan sentiasa dijaga kebersihannya maka prilaku seseorang itu akan sihat dan iman seseorang itu akan kukuh dan tidak terdorong hatinya untuk melakukan sesuatu yang keji.
Apabila seseorang manusia itu memiliki sifat-sifat terpuji maka terdoronglah ia untuk melakukan perbuatan terpuji,  baik zahir maupun bathinnya tentulah permukaan bumi ini akan aman dan kehancuran akibat tangan manusia tadi tidak akan terjadi. Tidak akan saling menghancurkan satu sama lain, dan masih banyak lagi cerita indah yang tidak cukup dilukiskan disini.
Dari semua itu, ada keuntungan utama melebihi semua yang saya sebutkan sebelumnya yaitu Sucinya “Makam Robbaniyah”. Dialah  implementasi Roh yang Suci dan paling halus yang disebut “Hakikat diri sebenarnya diri.”
Dialah induk dari semua makam. Dialah yang dapat mendekati Tuhan. Rasululloh bersabda:
“Di dalam tubuh anak Adam ada segumpal daging apabila baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila rusak maka rusaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahwa dia itu adalah “Hati”

1 comment:

  1. Salam Puan Maskinah.
    Satu artikel yg mantap dan dapat memberi ingatan yg baik sesama kita.

    Terima kasih krn sudi pautkan blog APA.

    Salam

    ReplyDelete