haniksam

haniksam

Thursday, 2 June 2011

PERCERAIAN PUNCA SIKAP NEGATIF KANAK-KANAK..

"Bergegar tiang arash setiap kali perceraian berlaku dan Allah SWT melaknatinya walaupun ianya dibenarkan. Apabila disebut 'dibenarkan', kamu tidak boleh sewenang-wenang melepaskan talak disebabkan tidak ada keserasian".  Begitulah diantara kata-kata arwah datuk sebagai jurunikah dan penasihat kawin cerai lebih 30 tahun yang lalu ketika menasihati sepasang suami isteri yang mengambil keputusan untuk bercerai.

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya tetapi didalam masyarakat kita ia lebih biasa disebut sebagai cerai. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri sudah tidak dapat hidup sebumbung dan mencari kata sepakat demi kebahagian berumahtangga dan sesungguhnya telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka dan telah tidak ada ruang untuk mereka berbuat demikian setelah mencubanya.

Sekiranya perceraian berlaku diantara pasangan yang belum mempunyai anak kesedihan hanya sementara dan akan hilang apabila masing-masing bertemu pasangan yang baru tetapi apa akan jadi jika pasangan yang bercerai itu telah dikurniakan anak. Anak ialah kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya dan tidak ada mata wang didunia ini yang mempunyai nilai harga yang sama dengan nilai seorang anak.

Perceraian ialah satu proses yang bukan mudah dan amat menyakitkan. Anak-anak adalah mangsa utama dari proses tersebut. Diantara kesan negatif yang akan menyelubungi jiwa anak-anak itu yang mungkin berterusan sehingga akhir hayat mereka adalah seperti berikut:-


- Kurang kasih sayang dan perhatian kerana tinggal berasingan

- Terpaksa berpisah dengan adik beradik yang lain kerana ada yang tinggal dan bapa yang lain tinggal
  dengan ibu

- Rasa malu dengan kawan-kawan, tidak selamat dan hilang keyakinan diri

- Mengalami tekanan perasaan menyebabkan lemah dari segi mental dan fizikal

- Perasaan terganggu dan keliru

- Hilang tumpuan keatas apa jua yang dilakukan terutama pelajaran

- Akan menunjukkan sikap yang negatif

Ada juga anak-anak mangsa perceraian boleh menerima keadaan tersebut seadanya tetapi jumlahnya terlalu sedikit disebaliknya lebih ramai anak-anak yang tidak mampu menerima hakikat perceraian ibu bapa mereka. Keadaan menjadi lebih tidak selesa bila ibu atau bapa berkahwin lain dan membawa orang baru dalam kehidupan mereka dan sebagai anak mereka terpaksa menerima kehadiran orang baru ini. Kekecewaan menyebabkan mereka lebih banyak masa menyendiri dan melayan perasaan mereka seperti marah dan benci. Ditahap ini jika ibu atau bapa yang bercerai tidak mengambil langkah perlu maka anak-anak ini akan menjadi tidak tentu hala dan hilang arah yang pada akhirnya menyebabkan penglibatan mereka didalam aktiviti tidak sihat seperti merokok, minum arak dan yang paling dahsyat ialah penglibatan didalam pengambilan dadah. Akhirnya jadilah mereka sampah masyarakat.

Islam sebenarnya melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,

"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga"   Riwayat : Abu Daud

Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah dicampurinya.

Wahai ibu dan bapa jika perlu ada pengorbanan untuk anak-anak lakukanlah kerana pengorbanan yang kita buat untuk anak-anak hari ini akan dibalas baik masa hari tua...kasihani dan sayangi anak-anak kita..

Beberapa sebab perceraian
(Pengakuan benar dari bekas suami dan isteri)
Suami 1 :
Mertua terlalu masuk campur dalam membuat keputusan dalam rumahtangga kami, isteri pula       banyak menyebelahi dan menyokong ibu bapanya.
Suami 2 :
Demanding, belanja diluar kemampuan, nak show off dengan adik beradik dia, dia sanggup berhutang.
Suami 3 :
Hipokrit, depan mak pijak semut tak mati, dibelakang mak habis mak saya dia maki.
Suami 4:
Pemalas, suka makan diluar tak suka masak, dulu masa baru kawin janji nak berubah.

Isteri 1:
Suka berpoya-poya, gaji tak pernah ada, kerja pun macam tak kerja 
Isteri 2:
Suka membandingkan saya dengan wanita rakan sekerja dipejabat,
tidak dapat menerima kekurangan saya.
Isteri 3:
Lebih baik cerai dari dimadu
Isteri 4:
Dia pilihan keluarga dan ada kaitan keluarga, saya tak pernah diberi peluang untuk bagi pendapat kena angguk 'yes sir' saja. Dia orang berada jika dibandingkan dengan keluarga saya yang duduk dikampung. Balik kampung saya balik sendiri dia tak pernah ikut walaupun raya, anak-anak tak boleh ikut saya kalau balik kampung....







2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete