Saya masih ingat masa sekolah rendah lagu 'Bangau Oh! Bangau' adalah dikategorikan sebagai lagu tradisi dalam pendidikan dan boleh dikatakan semua pelajar sekolah rendah dan yang belum sekolah pun hafal lirik dan bait lagu itu. Masa berlalu dan semua berubah, kini lagu itu tidak lagi dinyanyikan disekolah rendah. Bila saya dengar semula lagu ini ketika usia sebegini saya terfikir bahawa mesej dalam lagu itu mengajar anak-anak bersikap negatif, menuding jari kearah orang lain demi melepaskan diri dari dituduh membuat kesalahan.
Bangau sepatutnya belajar bagaimana hendak menangkap ikan didalam air yang dipenuhi rumput yang panjang dan jangan menyalahkan rumput dan begitulah seterusnya...
No comments:
Post a Comment