Sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat kita apabila disebut
malam Jumaat ia seolah-olah satu gurauan atau usikan yang membuat para abang
atau suami senyum meleret kerana malam itu ialah malam sunat untuk hubungan
intim suami isteri.
Hanya segelintir yang memikirkan bahawa malam Jumaat itu adalah
malam yang afdal untuk mengadakan aktiviti keagamaan dan melipatgandakan amalan
seperti mengadakan ceramah-ceramah agama, tadarus al-Qur’an dan bacaan surah
Yassin. Kita juga disunatkan untuk bangun pada 2/3 malam Jumaat untuk melakukan
solat sunat Tahajud, Tasbih dan Hajat. Ini adalah disebabkan bahawa Allah SWT
pada ketika itu hampir kepada manusia yang mencarinya dan pada ketika ini
jugalah masa yang paling sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah SWT terutama
kepada mereka yang sedang dilanda masalah dan hilang arah.
Mereka yang disebutkan segelintir manusia yang berusaha menambah amalan mereka pada
malam Jumaat itu berasa takut akan kehadiran hari Jumaat pada keesokan harinya
kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa hari kiamat itu akan jatuh pada hari
Jumaat.
No comments:
Post a Comment