haniksam

haniksam

Sunday, 17 July 2011

TENGOK HIDAYAT.............






Atok...abang ayat main tongkat atok....



Tuku tangkal balik pintu, budak nakal memang begitu....



Saturday, 16 July 2011

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN.........

Nisfu Syaaban ialah hari ke15 bulan Syaaban kalendar Islam. Malam Nisfu Syaaban mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia juga dikenali sebagai malam pengampunan.

Hadis yang boleh dipegang berkaitan Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain;-
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda :”Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.”  Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan.
Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Betapa hebatnya malam Nisfu Syaaban ini. Agak rugi apabila pada malam tersebut tidak dipenuhkan dengan perkara kebaikan yang semestinya mendapat rahmat daripada Allah SWT. Biasanya pada malam Nisfu Syaaban, akan diadakan bacaan surah Yasin sebanyak 3 kali dengan niat supaya hidup diberkati, ditetapkan iman dan juga keselamatan hidup. Kemudian, diadakan pula solat sunat tasbih 4 rakaat.

Friday, 15 July 2011

Kembar Arsene Wenger Pengurus Arsenal Menetap di Malaysia

Kegagalan Arsene Wenger memungut sebarang piala untuk pasukan yang diterajuinya iaitu Arsenal sejak 6 tahun lepas menyebabkan beliau membuat keputusan untuk membawa pasukannya ke Malaysia, bukan hanya untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Malaysia XI tetapi ingin menemui kembar beliau yang menetap di Malaysia selain itu beliau juga ingin mendapatkan rahsia resepi yang digunakan oleh adik kembarnya memenangi Piala Suzuki.

Friday, 8 July 2011

Meninggalkan Solat Jumaat...

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?" (Muslim)

Huraian:

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Sumber:Lamanilmu

Friday, 24 June 2011

Afdal dimalam Jumaat.....


Sudah menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat kita apabila disebut malam Jumaat ia seolah-olah satu gurauan atau usikan yang membuat para abang atau suami senyum meleret kerana malam itu ialah malam sunat untuk hubungan intim suami isteri.
Hanya segelintir yang memikirkan bahawa malam Jumaat itu adalah malam yang afdal untuk mengadakan aktiviti keagamaan dan melipatgandakan amalan seperti mengadakan ceramah-ceramah agama, tadarus al-Qur’an dan bacaan surah Yassin. Kita juga disunatkan untuk bangun pada 2/3 malam Jumaat untuk melakukan solat sunat Tahajud, Tasbih dan Hajat. Ini adalah disebabkan bahawa Allah SWT pada ketika itu hampir kepada manusia yang mencarinya dan pada ketika ini jugalah masa yang paling sesuai untuk kita bermunajat kepada Allah SWT terutama kepada mereka yang sedang dilanda masalah dan hilang arah.
Mereka yang disebutkan segelintir manusia  yang berusaha menambah amalan mereka pada malam Jumaat itu berasa takut akan kehadiran hari Jumaat pada keesokan harinya kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa hari kiamat itu akan jatuh pada hari Jumaat. 

Tuesday, 21 June 2011

KERONCONG PROTOL......

Komitmen yang terlalu banyak selain dipejabat sejak bermula  bulan Jun menyebabkan saya sering keletihan tetapi hari ini saya berasa sedikit lega kerana hanya tinggal beberapa perkara lagi yang harus diselesaikan sebelum masuk bulan Syaaban iaitu bulan kenduri arwah. Apabila bulan ini tiba teringat kata-kata arwah atok, "tak payah tunggu bulan Ramadhan baru nak puasa, bulan Syaaban pun kita boleh berpuasa, niatkan puasa sunat atau qada pada hari Isnin atau hari Khamis, kalau sebulan lagi baik lepas tu sambung berpuasa wajib dibulan Ramadhan". Bapa juga menyokong kenyataan arwah atok. Kenduri arwah bukan susah, kak Long yang uruskan semuanya,  tempatnya dirumah bapa, semua adik beradik dan ahli keluarga berkumpul. Buat collection adik beradik...dah selesai..!!!!!    

Kita relax dulu ...santai dengar lagu keroncong....lagu mainan anak remaja saya bila masuk dalam kereta....

Friday, 17 June 2011

BETUL KE NI BANG POLIS? PDRM SEPATUTNYA PERBETULKAN KEADAAN & BERI PENJELASAN

Dengan pakaian seragam yang mereka pakai, mereka ini sepatutnya adalah pelindung kepada masyarakat. Janganlah biarkan PDRM dilabel sebagai harapkan pagar pagar makan padi, makan gaji buta, bagai kerbau dicucuk hidung......

POLIS LABUAN LINDUNGI ANAK AHLI PARLIMEN?


SEORANG ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya.

Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani.

Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan.

“Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh). Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai,” kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan.

Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian.

“Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran,” ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya.

Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya.

“Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat,” tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya.

Sumber:SABAHKINI