Diriwayatkan
bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat,
kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila
Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai
orang muda kenapa kamu menangis?”Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah
S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada
orang yang hendak memandikannya.”
Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi
hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan
yang hitam.”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu
mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para
sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Marilah kita Solat......
Bila terpanggil oleh seruan azan, tinggalkan apa saja pekerjaan yang sedang kita lakukan bergegaslah tunaikan kewajipan iaitu mengerjakan solat. Kalau tak solat bila mati nanti muka macam babi hitam...
Di
zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka
kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata
ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah
S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat.”
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
No comments:
Post a Comment