Berita simbah asid yang
berlaku disekitar bandaraya Kuala Lumpur dan dalam semua kes ia berlaku
ditempat awam amat menakutkan kaum wanita.
Ketika pihak polis mengumumkan
telah mengenalpasti identiti
suspek yang mengumpul mangsa seramai 22 orang itu, satu lagi kejadian yang sama
berlaku melibatkan seorang anak anggota polis berusia awal 30an ketika berhenti
ditepi jalan dan membuka tingkap keretanya telah disimbah asid oleh seorang
penunggang motosikal. Kesemua mangsa adalah terdiri dari wanita yang memakai
tudung.
Gambar diatas
ialah iras wajah suspek
(Muka nampak macam
budak baik)
Walaubagaimanapun cecair yang
digunakan bukanlah asid pekat kerana mangsa simbahan hanya merasa gatal dan tidak
melecuh.
Kenapa dia berbuat demikian
dan apa motifnya? Bila sesuatu kejadian berlaku pasti ada sebabnya. Yang
terlintas difikiran ialah tekanan dari
segi fizikal dan mental dan dendam. Atau mungkin juga dia budak suruhan
pihak-pihak tertentu dan sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang.
Soalannya kenapa mangsa adalah
terdiri dari wanita- wanita yang bertudung? Isu berkaitan ugama kah? Cinta terlarangkah?
Semoga selepas ini tidak ada
lagi mangsa seterusnya…………………
No comments:
Post a Comment