Aku memang tak layak menerima BR1M. Walaubagaimanapun sekiranya aku layak aku akan menolak jika aku dipaksa bersumpah seperti didalam klip video dibawah. Aku pun tak tau dari mana sumber kewangan BR1M, kalaulah ianya hasil dari pembayaran segala cukai yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan, aku rasa penerima BR1M tidak perlu bersumpah. Kerja gila apakah yang wanita dalam video tu lakukan?
haniksam
Sunday, 24 February 2013
Saturday, 23 February 2013
Thursday, 21 February 2013
MALAM JUMAAT....
Nak baca surah Yassin tak semestinya malam Jumaat saja...
Surah Al-Kahfi
Malam Jumaat malam Kliwon......
Wednesday, 20 February 2013
"THEY WON'T LEAVE" ...DIDN'T I SAY SO?
Sekitar Oktober tahun lepas, Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri pernah berkata pendatang asing tak gugat keselamatan di Sabah. Nampak sangat dia tak ada pengetahuan mengenai isu pendatang asing. Disana sini 2 minggu lepas sumber berita media cetak dan elektronik mengeluarkan kenyataan yang Kementerian Dalam Negeri akan menyelesaikan isu pencerobohan pekan Lahad Datu dengan cara rundingan. Beberapa hari selepas itu ada pula kenyataan lain, KDN bukan mengadakan rundingan tetapi perbincangan pengusiran. Entah mana satu berita yang sahih. Lidah tak bertulang, apa pun boleh cakap. Jangan asyik nak sedapkan hati rakyat padahal keselamatan belum tentu terjamin.
Champion jugalah penceroboh ni, menyusup masuk menjelang pilihanraya umum ke 13, entah-entah diorang ni dah bertahun buat research...orang kita dok tidoq lagi, ada yang leka layan Oppa Gangnam Style....ehm..! Dalam pada itu, kita kena buka minda kita dan fikir sejenak...mungkinkah pencerobohan ini 'Ada Udang Disebalik Batu'. Manalah tau ada pihak yang terdesak...
BACA NI...LAGI HOT
Monday, 18 February 2013
KITA ADA ITU DAN INI TAPI ......
Bot peronda 'GAGAH' milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
Scorpene milik Tentera Laut DiRaja Malaysia
Fast Troop Vessel (FTV) milik Tentera Laut DiRaja Malaysia
Canggih kan ?....... tapi kenapa perairan negara masih boleh diceroboh sewenang-wenangnya?
Mana mungkin mereka ini masuk ke Lahad Datu berenang atau menaiki kapal terbang dari Selatan Filipina...
Jangan pandang ringan..... ini bukan perkara remeh-temeh. Dianggarkan 100 orang, entah yang sudah masuk lebih awal kita tak tau, usir 100 datang 200...
Thursday, 31 January 2013
PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI...BERCAKAPLAH BILA PERLU ....
Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu ialah melakukan dosa-dosa besar termasuklah memaki hamun dan membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin
.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka Allah akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka Allah akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
Tuesday, 22 January 2013
WANITA YANG INGIN MENUNAIKAN UMRAH, ARAHAN TERBARU KERAJAAN ARAB SAUDI
Assalamualaikum,
Seorang rakan terpaksa membatalkan pemergian menunaikan umrah disaat akhir kerana visa perjalanan tidak diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi walaupun bayaran kepada agensi yang mengendalikan Umrah & Haji telah dibuat tahun lepas. Dia sepatutnya berlepas pada 20hb Januari 2013. Saya memujuknya, "pasti ada himah disebalik semua ini". Dia mengangguk tapi air mata bercucuran dipipi.
Pembatalan adalah disebabkkan arahan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi yang tidak membenarkan lagi 'tumpang mahram' bagi wanita bujang yang berusia 45 tahun kebawah berkuatkuasa tahun ini (2013). Wanita hendaklah bersama mahram sebenar iaitu suami, ayah, saudara lelaki yang berumur 18 tahun keatas atau datuk.
Sekiranya anak saudara perempuan bermahramkan ayah saudara sebelah ayah dengan syarat isteri ayah saudaranya mengikut sekali adalah dibenarkan, cucu bermahramkan datuk sebelah ayah atau ibu juga dibenarkan tertakluk kepada pengesahan dokumen seperti sijil lahir anak saudara perempuan, ayah serta ayah saudara, cucu dan datuk yang membuktikan mereka mempunyai pertalian saudara.
Bagi lelaki yang berusia 18 tahun kebawah, ia memerlukan mahram yang sah iaitu datuk, ayah atau abang yang telah berusia 18 tahun keatas.
Mahram yang tidak dibenarkan:
- Anak saudara perempuan yang bermarhamkan ayah saudara sebelah ibu.
- Ibu saudara bermahramkan anak saudaranya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)