haniksam

haniksam

Tuesday, 14 November 2017

TIANGONG 1

Stesyen ruang angkasa 'Tiangong 1' milik negara China dijangka jatuh kebumi disebabkan jangka hayat stesyen yang bakal berakhir sekitar Januari-Mach 2018.  Walaupun pada kebiasaannya kapal yang membawa stesyen ini akan meletup diruang angkasa tetapi serpihan akan jatuk kebumi. 




Sunday, 26 April 2015

DATUK GST AHMAD MASLAN .........Sindiran Mufti & Ahli Akademik

Ahli akademik Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyindir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang membuat kenyataan memperkecilkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

Menerusi Facebook peribadinya, Dr Mohamad Agus meminta supaya debat diantara Dr Mahathir dan Ahmad diadakan untuk mencari siapa sebenarnya yang tidak faham dalam isu GST. 

"Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka. 

"Saya ingin melihat siapa yang lebih faham. 

"Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?" tulis beliau. 

Selain Dr Mohamad Agus, mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir Ahmad dalam isu yang sama. 

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir  kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari  Tun M akan lebih faham tentang GST? 

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang  cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya  tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu  tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak dibandingkan  Tun M?" soal beliau menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dr Mohamad Agus dan Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Ahmad yang mendakwa Dr Mahathir masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat. 

Dalam nada yang lebih sinis, Dr Mohd Asri berkata mereka yang dilihat oleh rakyat sebagai kurang cerdik tidak sepatutnya diberikan tugas penting. 

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri. Persoalannya, apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai? 

"Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun  kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?" soal Dr Mohd Asri. 

 

 

Tuesday, 21 April 2015

GST YANG MEMBEBANKAN.....

20 hari berlalu namun keluhan GST walaupun sudah turun suhunya masih lagi diperkatakan.  Penulis sebuah blog yang menulis mengenai seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional telah pun merasa dibebani oleh GST.






GST (Goods & Service Tax) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebanyak 6% dikenakan keatas pembelian barangan termasuk barangan peribadi dan beberapa jenis perkhidmatan yang terdapat dalam senarai yang disediakan olih jabatan yang berkaitan. Bagi individu yang berpendapatan belasan atau puluhan ribu sebulan cukai yag dikenakan tidaklah begitu ketara kesannya tetapi persoalannya bila pendapatan individu sekitar RM2,000-RM3,000 dan telah mempunyai keluarga.

Monday, 29 April 2013

BN BAKAL KECUNDANG DI LABUAN?

Komitmen bertindih menyebabkan blog aku tidak dikemaskini sekian lama. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna aku tidak ambil pusing mengenai apa yang berlaku disekelilingku. Lebih-lebih lagi pilihan raya menjelang tiba sekitar kurang dari seminggu. Sebagai rakyat aku juga ingin tau siapa calon-calon bertanding dikawasanku P166. Sememangnya secara peribadi kedua-dua calon aku tidak mengenali mereka. Berbeza dengan ketiga-tiga YB sebelum ini, mereka adalah kawan ketika sama-sama belajar mengaji Al-Qur'an, seorang lagi kawan sekelas dan yang satu lagi kawan sama-sama ketika di IPTA. Dengar cerita calon-calon yang bakal bertanding bukan calang-calang orangnya, belajar diluar negara.

Mulanya aku berfikiran bahawa siapa pun wakil Parlimen di Labuan ni rasanya sikap mereka lebih kurang, kurang lebih saja. Ini mungkin disebabkan hubungan masyarakat di Labuan ini sedikit unik dan lebih kepada hubungan persaudaraan.  Tekaanku kali ini tergelincir dan tidak tepat. Apa yangku dengar dan lihat tidak jauh dengan apa yang ada  DISINI .


Friday, 22 March 2013

ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN....."SAYA TUAN"

Anggota Keselamatan terutama mereka yang kategorinya lain-lain pangkat seperti koperal, lans koperal atau prebet apabila ditegur atau diberi arahan akan menjawab "Saya, Tuan".  Jika diterjemah kedalam Bahasa Inggeris maksudnya lebih kurang "Yes, Sir". Kata seorang pesara tentera pangkat koperal, bila kata "Saya, Tuan" bermakna sebagai anggota bawahan terpaksa akur dengan arahan pegawai atasan kerana risiko atau apa jua  implikasi daripada arahan yang diberi adalah tanggungjawab yang bakal digalas oleh pegawai atasan tersebut. Apabila ditanya mengenai istilah 'kambing hitam' yang dilakukan oleh segelintir pegawai atasan kepada anggota lain-lain pangkat demi menutup kesalahan atau kesilapan yang mereka lakukan, beliau hanya senyum dan menggelengkan kepala.

Apabila insiden pencerobohan di Lahad Datu berada ditahap kritikal,  tertanya dibenak hati kisah sebenar yang berlaku keatas anggota keselamatan negara. Berdasarkan pembacaan dibeberapa blog, kisah di Lahad Datu dituliskan berdasarkan sumber yang kurang pasti kesahihannya dan mengikut versi masing-masing begitu juga berita yang disiar dimedia elektronik dan cetak hinggakan kadang-kadang tidak masuk akal.



Berdasarkan kenyataan Nazri tahun lepas, warga asing tidak menggugat keselamatan. Selepas pencerobohan  Hishamuddin kata hasil dari perisikan kumpulan asing bersenjata api bukan pengganas dan dirujuk sebagai 'penceroboh'. Tidak lama kemudian istilah rujukan ditukar menjadi 'pengganas'. Kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua menteri menunjukkan mereka ini walaupun berpendidikan tinggi tetapi tidaklah sepintar mana. Apa yang mereka fikir ialah rakyat Sabah senang diperkotak-katikan, boleh kata "Yes, Sir" dan ikut cakap mereka. Hishamuddin sepatutnya meneliti hasil risikan dan berfikir panjang sebelum membuat kenyataan kerana selangkah kesilapan yang dilakukan oleh risikan boleh membawa padah dan mungkin menyebabkan nyawa anggota keselamatan terancam. Ada kemungkinan jumlah kematian dikalangan anggota  keselamatan lebih tinggi   tetapi tidak didedahkan.  


Yang ini ialah menteri yang kata askar-askar pengganas adalah terdiri dari mereka yang terlatih, kenyataan yang boleh memudarkan semangat anggota keselamatan kemudian dia pusing cakap dan buat kenyataan lain yang menyebut "jangan perlekeh keupayaan pasukan keselamatan". Adakah kenyataan menteri ini juga hasil risikan yang dilakukan oleh pasukan risik Kementerian Pertahanan.




Saturday, 2 March 2013

KENAPA BUKAN TENTERA?

Kenapa bukan tentera? Penjelasan dibawah ini ada logiknya. 


Kenapa pencerobohan sempadan berlaku?
      
Mereka masuk sedikit demi sedikit menggunakan bot pancung yang mana kawasan sempadan perairan tidak jelas dan agak kabur.  Berdasarkan sejarah penduduk dipersekitaran Lahad Datu dan Semporna mempunyai pertalian dengan beberapa etnik atau suku kaum di Selatan Filipina. Laluan yang digunakan adalah laluan tradisi yang digunakan oleh mereka untuk berulang alik. Tambah lagi kawasan terlibat adalah kawasan yang luas.  

Kenapa polis dan tidak tentera?

(1)  Jika kita menggunakan tentera dahulu bermakna kita  mengisytiharkan              perang dengan        Sultan Sulu

(2)  Secara langsung kita mengiktiraf Sultan Sulu sebagai sebuah kerajaan
       yang sah
      
(3)  Sekiranya ini berlaku ia tertakluk kepada konvensyen   Geneva dan                    melibatkan beberapa protokol antarabangsa                                  

    
Menggunakan khidmat polis dahulu,ini bermakna;

(1)  Kita menganggap mereka sebagai penjenayah dan    penceroboh dan bukan        combatant perang

(2)  Polis akan menangkap dan menahan (polis menggunakan istilah                        ‘menahan manakala tentera menggunakan istilah ‘menawan’. Kedua-dua
       istilah mempunyai maksud yang berbeza)

(3)  Dengan menjadikan mereka sebagai tahanan penjenayah,   pertuduhan             boleh dilakukan di Mahkamah Awam

(4)   Lebih mudah diekstradisi ke Filipina

Walaubagaimanapun, sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal bolehlah diisytihar kawasan darurat setempat (Local Area Emergency). Pengisytiharan darurat hanya untuk kawasan terlibat sahaja atau dalam isu Lahad Datu mungkin hanya kawasan pencerobohan sahaja.