haniksam

haniksam

Wednesday 29 August 2012

DEVIL VS ANGEL

Teringat zaman kanak-kanak ketika belajar mengaji Al-qur'an, mula-mula mengaji dengan bapa kemudian dengan atok pula. Kenapa berpindah kat atok? Bapa yang ketika itu bertugas sebagai guru telah dipindahkan kesebuah sekolah yang terletak di Gadong, Beaufort, di Sabah. Atok yang lebih dikenali dengan Tuan Haji Salleh Panjang adalah guru mengaji quran yang garang dikawasan kejiranan kampung kami. Kalau dah dua tiga kali dia ulang masih tak dapat dia akan pukul rotan sebesar jari telunjuk diatas lantai papan dirumahnya. Semangat boleh hilang huhh....Setiap kali sebelum mengaji kena baca doa penerang hati dulu, doa yang budak kelas tadika pun tahu. Kita pun buka al-qur'an dan memulakannya dengan A'uzubillah himinasyaitan nirrajim yang lebih kurang maksudnya 'Aku memohon perlindungan mu Ya Allah dari syaitan yang kena rejam'. Kisah syaitan dan bagaimana makhluk ini membisikan hasutan agar manusia sesat dan engkar akan perintah Allah SWT  sering diceritakan oleh bapa dan arwah atok,  sudah banyak dibukukan dan dipindah kealam siber melalui blog dan laman sesawang yang berasaskan pendidikan Islam. 
 
Menterjemahkan perkataan 'devil' sebagai syaitan dan 'angel' sebagai malaikat membuatkan perumpamaan bahasa Inggeris 'Better the devil you know than the angel you don’t'  kurang sesuai digunakan. Maksud perumpamaan "lebih baik syaitan yang kamu kenal dari malaikat yang kamu tidak kenal" ialah ungkapan yang telah ditulis oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir didalam blognya sebagai merujuk kepada parti-parti politik pemerintah dan pembangkang. Kenapa syaitan lebih baik sedangkan kita memohon perlindungan dari Allah Taala apabila ianya berkaitan dengan syaitan.
 
Hari ini didalam SINARHARIAN, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegur dan memberi pandangan berkaitan isu tersebut....Lihat disini

Monday 27 August 2012

Pembunuhan beramai-ramai Ahli Sunnah oleh Tentera Basyar Asad..



Seramai 400 orang awam dibunuh hidup-hidup dengan peluru dan pisau setelah dikepung selama tiga hari atas alasan mejaga keselamatan dan mengembalikan keamanan. Kampung Daariya yang penduduknya ahli Sunnah disyaki dibunuh oleh tentera Basyar Asad yang merupakan pertahanan terakhir Syiah Alawi.

Mangsa ditemui di merata tempat, di dalam rumah, di luar rumah, sedang memandu, sedang membeli makanan, sedang menziarahi kubur, baru selesai solat, dan di merata tempat tanpa apa-apa senjata, hanya rakyat biasa. Kemudian seperti biasa, Tentera Basyar berpura-pura datang menolong, dan memberi alasan mereka sedang menjaga keamanan dan ketenteraman, kemudian menyalahkan "Tentera Pembebasan" yang disifatkan mereka sebagai pemberontak menuduh mereka mendalangi pembunuhan beramai-ramai Ahli Sunnah.

"Ya Allah ampunkan kami di atas kekurangan kami dalam membantu saudara Islam kami di bumi Syria.."

Sumber:Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir

Fikirkanlah..... Ahli Sunnah dibunuh beramai-ramai. Bila mereka dibunuh kita duduk diam buat tak tau. Merayakan Eid Mubarak atau Raya Eidul Fitri kita masak  rendang, kurma, kari ayam dan daging ketupat satay dan bermacam juadah serta kek dan biskut, Ahli Sunnah dan pengikutnya tidak mampu berbuat demikian di Syria kerana pada setiap saat nyawa mereka terletak dihujung parang, pedang atau senapang........  


Thursday 16 August 2012

Cian..Datuk Yussof

Pilihanraya Umum ke12 yang diadakan pada tahun 2008, menyaksikan Datuk Yussof Haji Mahal yang bertanding atas tiket BN menang kerusi kawasan Parlimen P166 Wilayah Persekutuan Labuan (Labuan sejak 1984 telah diberi status Wilayah Persekutuan dan tidak lagi dibawah naungan Negeri Sabah)  selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.



Pada 24 Mei 2012, satu notis telah dikemukakan oleh Pengarah Insolvensi Negeri, Encik Leo Anak Saga yang menyebut permohonan bagi mengisytiharkan Datuk Yussof sebagai muflis dan perintah penghukuman terhadapnya dibuat di Mahkamah Tinggi, W.P.Labuan pada 7hb Ogos lalu.


Seseorang yang diisytiharkan muflis boleh menyebabkan beliau hilang kelayakkan sebagai seorang Ahli Parlimen.


Jika hilang kelayakkan maknanya Labuan tak ada Ahli Parlimen  dan ini juga bermaksud Labuan tidak ada wakil di Parlimen. Jika Datuk Yussof turun takhta siapa pula agaknya bakal mengganti, sudah disenaraikan kah? Ramai lagi calon berwibawa boleh diketengahkan. Adakah kemungkinan Dato' Haji Suhaili akan naik sekali lagi.......

Doa  yang baik-baik untuk rakyat di Labuan...