haniksam

haniksam

Tuesday 24 April 2012

PERBANDINGAN MANUSIA DAN KUMPULAN PRIMAT SIMIAN DI PARLIMEN.....




Sekumpulan monyet dari kumpulan primat simian yang sama spesies dengan mawas sedang mengadakan persidangan parlimen dengan tenang....(Gambar atas)



Gambar dibawah adalah persidangan parlimen dibeberapa buah negara yang tegang dan emosi, dianggotai oleh masyarakat spesies homo sapien atau manusia yang lengkap ciri fizikalnya termasuk organ otak yang mampu berfikir dengan waras...





Monday 23 April 2012

LABUAN PUSAT PERDAGANGAN DAN PERTUKARAN GRO, PIHAK BERKUASA MELINDUNGI BAPA AYAM...?

Kisah perdagangan pelacur yang berselindung disebalik istilah GRO memang sudah lama di Labuan, begitu juga cerita mengenai beberapa pegawai  pihak berkuasa yang memberi perlindungan kepada bapa-bapa ayam dan beberapa individu yang terlibat dalam perdagangan tersebut disebabkan habuan yang besar. Keluhan penduduk tempatan tidak pernah diambil endah ....... lihat yang terbaru..!

D7 WAJIB BURU 4 BAPA AYAM DI LABUAN




Saudara Pengarang,
MELALUI pendedahan berterusan Sabahkini.net, sebagai penduduk asal Labuan, kami berharap agar Unit D7 Bukit Aman memburu seorang ‘Bapa Ayam’ bernama Jimmy iaitu Tauke LPS Karaoke kerana terlibat dengan jenayah pemerdangan orang dan penyeludupan manusia.
Jimmy menjadi Ketua Sindiket membekalkan pelacur bersama Tauke Manila Cafe - Ricky Ng (yang menggunakan kenderaan Ninja King LD 96), Tauke Havana Karaoke Mr Yap atau lebih kenal sebagai Tiger Yap dan seorang lagi tauke bernama Lim Tun.
Mereka membekal ‘GRO Freelance’ ke Karaoke dan Pool House. Kebanyakan GRO Freelance disyaki menggunakan ‘chop pasport palsu’ kerana kebanyakan GRO kata mereka ke Limbang untuk ‘chop pasport’ dan hanya membayar RM50 sahaja bagi setiap pasport kepada Pejabat Imigresen Limbang.
Nama sindiket pelacuran lain akan kami dedahkan di surat akan datang dan berharap Bukit Aman akan memantau dan mengambil tindakan terhadap ‘Bapa Ayam’ yang kami salurkan di atas.
Berikut Sembilan ‘Karaoke Kebal’ yang dilindungi pihak berkuasa iaitu;
1. King Karaoke
2. Tip Top Karaoke
3. 129 Karaoke
4. Havana Karaoke
5. Manila Cafe
6. Golden Key Karaoke
7. Sport Bar Karaoke.
8. Ginza V8
9. Victoria Health centre.

Di kesembilan Pusat Hiburan yang kami senaraikan di atas terdapat beratus GRO atau Pelacur Berlesen. Sesiapa yang tidak percaya aduan kami, boleh datang ke Labuan Pulau Maksiat dengan mengunjungi ke pusat hiburan tersebut dan lihat dengan mata kepala sendiri.
Untuk makluman Bukit Aman hampir kesemua Penguat Kuasa Tempatan berada di dalam ‘PayRoll’ Sembilan Pusat Hiburan tersebut.


Salam Hormat,


Hj.Samsul & Mazin

Sumber: Sabahkini.Net

Friday 20 April 2012

SKANDAL DATO' SERI SHAPIE APDAL...................


“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” 
Pandangan tegas yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mengenai skandal yang mengaitkan menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Seri Shafie Apdal dengan pelakon seksi Zahida Rafik.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Pelakon yang didakwa memiliki sebuah banglo bernilai lebih RM2 juta dan beberapa buah kereta mewah termasuk BMW 6 Series dan Toyota Harrier selain dari menerima wang yang diberikan kepada pemandu oleh Dato' Seri Shafie Apdal untuk dimasukkan kedalam akaun pelakon tersebut. 


Headache......!!!!!! I don't wanna say a thing...I'll take what come and come what may...





 

Wednesday 4 April 2012

Harapkan pagar.....pagar makan padi..

Pada 28hb Mach 2012, keluar dari pejabat jam 5.30 dan tiba dirumah beberapa minit sebelum jam 6.00 petang. Terpaksa sabar dengan kesesakan lalulintas yang amat membosankan dan memenatkan. Sakit hati tidak terkira bekalan elektrik hari itu kena potong. Tidak sempat minum petang, pergi kepejabat SESB walaupun waktu bekerja sudah tamat ada beberapa kakitangan yang masih disitu. Kenapa dipotong?  Padahal bayaran telah dikemas kini. Mungkin mereka juga kepenatan, permintaan saya agar bekalan disambung semula malam itu juga tidak berapa diendahkan kecuali seorang kakitangan teknikal  menyarankan agar saya berjumpa jurutera  yang masih disitu kerana pengurus telah pergi keluar kawasan. Ketika hendak naik dipejabatnya ditingkat satu dia sudah pun bersiap untuk pulang. Dia tidak melayan saya dan suruh saya kembali keesokan hari. Tak apalah.. Sebelum saya beredar saya beritahu beberapa kakitangan disitu yang saya akan membuat aduan ke Kementerian Pengguna. Atas inisiatif seorang juruteknik bekalan elektrik disambung kira-kira jam sembilan malam itu juga. Dua hari kemudian saya dimaklumkan bahawa memang terdapat kesilapan teknikal semasa proses pemotongan.

Semalam hampir semua  muka depan akhbar tempatan memaparkan kisah SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) tetapi dengan isu berbeza.....jurutera SESB, seorang staf SESB dan beberapa orang individu termasuk pemilik lori dan crane telah dicekup dan ditahan reman berhubung kes curi kabel....