haniksam

haniksam

Thursday 17 November 2011

Ya Allah! jika perlakuan ini benar-benar berlaku maka aku pohon......

Diberi aku mata untuk melihat dan begitu juga telinga, untuk mendengar. Aku bersyukur kehadrat Allah atas anugerah ini.  Tapi apa saja yang aku dengar minggu lepas membuatkan lututku menggigil, kenapalah ketika itu telingaku mendengar? Aku sepatutnya buat-buat pekak.

Minggu lepas aku menunggu seorang kawan yang berasal dari Semenanjung tetapi telah lama berkhidmat di Brunei Darusallam. Perjalanan menggunakan feri dari pelabuhan Muara ke Labuan mengambil masa kira-kira 40 minit. Ketibaan feri hari itu lewat sedikit dari jadual biasa, maklumlah cuaca yang tak menentu dan kelajuan angin dan hujan mempengaruhi pergerakan feri itu. Kaki lenguh berdiri, aku duduk dikerusi panjang yang disediakan menghadap balai ketibaan. Aku sabar menunggu kerana kawan ini ialah kawan baik masa sekolah hingga tamat pengajian diIPTA. 
 
 
Disebelahku duduk dikerusi panjang itu  dua orang lelaki berusia lewat lima puluhan dan seorang wanita berusia lewat 40an. Feri tiba 15 minit lewat, seorang demi seorang penumpang keluar dari balai ketibaan, kawanku belum nampak lagi. Tiba-tiba kedua lelaki tersebut ketawa  seperti ada sesuatu yang amat lucu yang mencuit hati mereka ketika melihat dua pasangan lelaki wanita negara jiran yang usia mereka diantara 30 - 35 tahun. Jika dilihat dari perwatakan, imej serta penampilan, mereka ini terdiri dari golongan yang berpendidikan tinggi,  berugama Islam. Pelancung dari negara jiran ini tidak susah untuk dikenal identiti mereka.

Aku terdengar seorang dari lelaki yang dua orang itu berkata dengan menggunakan loghat tempatan, "bah, jaga kau liau tunah datang sudah ya 'bini mu biniku jua". Kawannya menjawab, "awu atu bukan ya bahaya bagi Brunei, bahaya bagi Labuan ada pulang".

Wanita yang duduk disebelah hujung kerusi panjang itu mungkin ada kaitan dengan kedua lelaki ini, mungkin kenalan atau saudara kerana dia tidak segan silu bertanya apa yang kedua-dua lelaki itu tertawakan. Dari apa yang aku dengar penjelasan kedua-dua lelaki kepada wanita itu bahawa terdapat skandal 'binimu biniku jua' atau 'your wife is my wife' dimana pasangan berkahwin dari negara jiran akan datang ke Labuan untuk bersuka-ria dan bertukar pasangan isteri serta menempah bilik yang berlainan dihotel atau penginapan yang sama.  Ada juga kes pasangan bertukar isteri ini akan menempah bilik  dihotel yang lain kerana pasangan tidak mahu diganggu oleh isteri atau suami mereka. Pasangan ini biasanya akan tiba di Labuan pada hari Jumaat dan kembali kenegara mereka pada hari Ahad. Ini adalah disebabkan hari Jumaat dan Ahad hari cuti tidak bekerja negara jiran dan Sabtu kerja sekerat hari saja. Menurut sumber tertentu, pasangan-pasangan ini adalah terdiri dari pasangan kekasih semasa menuntut diuniversiti tempatan tetapi jodoh mereka tidak berkesampaian.

Aku tersentap bila kawanku menepuk bahuku sejurus memberi salam kepadaku. Kami beredar. Lepas makan malam, aku menceritakan kisah yang aku dengar siang tadi semasa menunggu ketibaannya. Dia cuma menggelengkan kepala. Dia lantas berkata, " entahlah kalau masih ada tempat dimuka bumi ini yang betul-betul selamat, yang masih virgin, yang belum pernah terjadi maksiat, aku teringin  sangat kesana, untuk masa ini atas sejadahlah tempat yang selamat". Aku mengiyakan. 

Ya Allah jika perlakuan yang aku dengar ini benar-benar terjadi maka aku mohon kepada mu bukakanlah hati manusia-manusia ini agar kembali kepangkal jalan dan bertaubat.

Wednesday 16 November 2011

Marilah sembahyang, kalau tak sembahyang disaat kematian dan diakhirat nanti....

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

 Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Marilah kita Solat......





Bila terpanggil oleh seruan azan, tinggalkan apa saja pekerjaan yang sedang kita lakukan bergegaslah tunaikan kewajipan iaitu mengerjakan solat. Kalau tak solat bila mati nanti muka macam babi hitam... 




Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”



 Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular,
 “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.